Disember 27, 2009

Tsunami: Dalam Lipatan Sejarah

Tragedi tsunami pasti masih lagi segar dalam ingatan semua pihak, terutama kepada mereka yang pernah menjadi mangsanya. Puluhan ribu nyawa melayang dalam sekelip mata dan kemusnahan dianggarkan mencecah ratusan juta dollar. Sesungguhnya semua yang terjadi ini pasti ada hikmah disebaliknya yang perlu sama-sama direnungi oleh semua pihak pihak sama ada yang berkuasa atau sebaliknya.

Namun yang pastinya, segala musibah yang menimba ini merupakan satu peringatan dari Allah s.w.t kepada kita umat manusia yang sering mendustai perintahnya. Sesungguhnya Allah s.w.t telah banyak memberi peringatan kepada umat manusia tentang bahana yang bakal menimpa sekiranya alpa dan leka terhadap suruhannya. Maka tarikh hitam 26hb Disember 2004, peristiwa Tsunami yang terjadi merupakan sesuatu yang boleh kita anggap sebagai peringatan daripada Allah S.W.T. kepada umat manusia.

Disebalik semua itu, satu lagi kemurkaan yang mungkin manusia lakukan ialah, betapa rakusnya tangan-tangan manusia memusnah dan merobek alam ini yang telah diamanahkan kepada kita sebagai khalifahnya di muka bumi. Dalam mengejar kemewahan dunia, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat tersebut. Alam dinodai dengan sesuka hati mereka tanpa sebarang belas kasihan dan perikemanusiaan. Sesungguhnya ini merupakan sesuatu yang amat menyedihkan.

Oleh itu ingatlah bahawa semua yang terjadi itu merupakan satu ujian tuhan kepada kita agar manusia tidak terus lalai dan terpesona dengan kecantikkan dunia semata-mata. Khazanah alam seperti pokok bakau dan seumpamanya tidak seharusnya dirobek sesuka hati terutama dengan alasan pembangunan. Alam semulajadi sebagai perlindung sememangnya merupakan sesuatu yang amat terbukti berkesan.

Manusia pada hari ini, dilihat seakan lupa dengan semua itu. Justeru peristiwa tsunami yang telah berlalu beberapa tahun yang lalu dilihat sebagai satu pengajaran kepada kita semua. Sesungguhnya semua itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Selain itu, kemungkaran manusia pada perintah agar mentaati perintah dari yang Esa juga merupakan sesuatu yang seharusnya dijadikan iktibar.


 


 


 


 


 


 


 

November 04, 2009

Sekularisme

Sekalipun konsep sekularisme atau pemisahan antara agama di dunia ini tidak berlaku dalam ajaran Islam serta perkembangan umatnya, tetapi dewasa kini ia telah melanda majoriti masyarakat Islam seluruh dunia. Konsep yang sebenarnya asing dalam Islam dan sejarah umatnya telah dibawa masuk oleh musuh Islam, khususnya Yahudi dan Kristian melalui pelbagai bentuk penjajahan negara, fikiran dan budaya masyarakat Islam. Fahaman ini bagaikan bom jangka waktu yang dicampakkan oleh Barat kepada dunia Islam. Sejak abad ke-20 bom tersebut mula meletup dan menimbulkan polimik dan persengketaan yang berpanjangan di kalangan umat Islam sendiri, khususnya antara pendokong islam dan orang Islam yang mendokong fahaman sekular.
Polimik dan pertembungan ini tidak akan dapat diselesaikan selagi umat Islam seluruhnya tidak kembali kepada al-Quran dan hadis sepenuhnya. Fahaman sekular yang dicetuskan di Barat serta disebar luaskan oleh Yahudi dan Kristian pasti tidak berputus asa mempengaruhi umat Islam, sehinggalah umat Islam mengikut telunjuk dan cara hidup mereka, (al-Quran, surah al-Baqarah, ayat: 120). Sementara ajaran Islam dan perjuangan menegakkannya mestilah bersih daripada sebarang pengaruh dan fahaman manusia kerana ia bersifat Rabbani. Lantaran itu pertembungan pasti akan terus berlaku sehingga berlaku pemisahan antara sekular dan Islam ini sebagaimana terpisahnya siang dan malam.

Pergertian Sekular dari segi Bahasa
Perkataan sekular berasal daripada perkataan Latin, iaitu “Saeculum”. Dari segi bahasa perkataan tersebut membawa pengertian seperti berikut;
• Satu generasi atau zaman.
• Alam ini atau dunia ini. Maksudnya ialah dunia yang bertentangan dengan gereja.
• Sifat keduniaan yang tidak berhubungan dengan alam rohani atau akhirat.
• Masalah yang tidak dibawah pengaruh atau naungan gereja.
• Fahaman yang dibawa untuk menolak peranan dan pengaruh agama dalam kehidupan.

Pengertian dari segi Istilah
Menurut Muhammad al-Bahi, sekular ialah satu kepercayaan atau fahaman yang menganggap urusan agama, ketuhanan dan gereja tidak boleh dicampurkan dengan urusan negara, politik dan pentadbiran. Ringkasnya fahaman sekularisme ini memisahkan persoalan negara, politik, ekonomi, pentadbiran dan sebagainya daripada agama.

Ciri dan sifat sekularisme
Sekularisme sebenarnya mempunyai ciri-ciri dan sifatnya yang tersendiri dalam usaha membawa manusia kepada kehancuran. Antara ciri dan sifat sekularisme adalah seperti berikut;
• Pemisahan antara agama dan dunia. Agama dan dunia bagi sekularisme merupakan dua perkara yang tidak mempunyai hubungan sama sekali, serta matlamatnya amat jauh berbeza.
• Prinsip utama sekularisme juga ialah menolak kepercayaan kepada Tuhan, wahyu dan hari akhirat. Ciri-ciri tersebut adalah selari dengan makna asal perkataan tersebut dalam bahasa Latin.
• Penafian terhadap segala perkara yang berhubungan dengan aspek kerohanian dalam kehidupan manusia di dunia ini. Tujuannya supaya dunia ini kosong daripada pengaruh agama atau rohani sama sekali. Justeru itulah, segala kegiatan hidup hanyalah akan dapat ditumpukan sepenuhnya kepada kebendaan.
• Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam bidang agama. Hasilnya mereka telah menanam fahaman memandang rendah terhadap ulama serta berani mencabar para nabi, wali Allah S.W.T dan sebagainya.
• Menafikan adanya nilai hidup yang tetap. Sikap ini lahir daripada anggapan bahawa agama itu adalah buatan manusia. Lantaran itu, mereka mengatakan sememangnya tidak wujud nilai-nilai yang bersifat sempurna dan tetap sehingga akhir dunia. Ekoran daripada fahaman seumpama ini, maka sekular itu juga bererti mereka menolak agama.
• Menjadikan kehidupan manusia yang bersifat keduniaan dan kebendaan semata-mata.
• Ilmu pengetahuan hendaklah diasaskan kepada akal dan pengalaman manusia di dunia ini sahaja. Tidak mengiktiraf ilmu yang bersumberkan wahyu dan tidak mengiktiraf ilmu yang berbicara mengenai kehidupan selepas mati.

Kenapakah Islam menentang Sekularisme?
Pengaruh sekularisme telah merebak dan menular dalam masyarakat dan negara Islam, walaupun sesetengah negara Islam itu tidak ada sebuah gereja pun. Hal itu adalah ekoran pemimpin negara Islam itu sendiri yang cuba memisahkan antara urusan negara dengan urusan agama. Antara lain juga ada pemerintah yang mengubal undang-undang ciptaan manusia daripada undang-undang Islam. Antara lain juga sesetengah pemimpin itu hanya melaungkan dan mengucapkan Islam di bibir mulut sahaja, sedangkan hakikatnya mereka benci kepada Islam dan di dalam urusan sosial, Islam juga diketepikan.
Justeru itulah, maka tidak hairan jika sekularisme telah mengambil tempat serta mendapat pengaruh dan berkembang di Asia, Afrika, malahan di seluruh dunia Islam melalui penjajahan Barat. Hasilnya, tidak hairanlah jika telah berlaku penentangan daripada kalangan masyarakat Islam terhadap Islam itu sendiri adalah lebih hebat berbanding penentangan orang-orang Eropah terhadap gereja dan pope mereka. Sebagai contoh, yang paling ketera ialah gerakan pembaharuan yang telah dilakukan oleh Mustafa Kamal Attartuk di Turki, selepas Perang Dunia Pertama. Mustafa Kamal telah mengisytiharkan negaranya Turki sebagai negara sekular pada tahun 1924M. seterusnya, hal tersebut telah merebak ke negara-negara Islam lain, termaksuklah di Asia.
Sekular merupakan suatu fahaman yang tidak berdasarkan Islam. Mereka mendewa-dewakan bahawa dasar dan konsep sekular yang terpisah daripada agama itu dapat menjamin kebahagiaan dan masa depan manusia. Namun begitu kita sering dapati mereka yang menafikan kepentingan agama bagi individu itu, hidup dalam kekosongan, serba salah, tidak tenang serta tanpa arah tujuan dan tanpa kasih sayang sejati. Lantaran itulah Islam menolak konsep sekular yang mengatakan agama adalah tidak berguna atau candu masyarakat, kerana sifat beragama itu adalah fitrah dan keperluan semulajadi setiap insan yang waras. Firman Allah S.W.T;
Maksudnya: Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka berdoa kepada Tuhan mereka dalam keadaan rujuk kembali bertaubat kepada-Nya..(surah al-Rum, ayat: 33)

Secara lebih terperinci mengenai persoalan mengapa Islam menentang sekeras-kerasnya sekularisme ini boleh dilihat dari aspek penyelewengan sekularisme dan kesan fahamannya terhadap masyarakat Islam.
Aspek-aspek penyelewengan sekularisme
• Tidak percaya kepada Tuhan dan menolak fahaman bertuhan
• Memusatkan kepada keduniaan dan kebendaan serta memisahkan agama daripada kehidupan.
• Agama adalah bersifat peribadi dan hanya boleh dibincangkan dalam tempat ibadat sahaja
• Tidak mempercayai kehidupan akhirat dan menganggap kehidupan di dunia adalah yang terakhir
• Persoalan Sam’iyyat dan perkara selepas mati adalah dongeng dan karut seperti azab kubur, syurga, neraka dan lain-lain.
Kesan fahaman sekularisme
• Merosakkan akidah masyarakat Islam dengan dakwaan bahawa urusan keagamaan dan pemerintahan negara adalah berasingan dan tidak boleh dicampurkan
• Menimbulkan syak wasangka dan keraguan masyarakat Islam terhadap ajaran agamanya sendiri dan sudah tentu merosakkan akidah.
• Kewujudan dualisme dalam struktur masyarakat Islam sendiri
• Merosakkan akidah umat Islam apabila mereka mengabaikan ajaran dan akidah mereka dengan penyerapan fahaman ini.
• Kehilangan kuasa politik yang ada pada umat Islam secar beransur yang akhirnya umat Islam akan menjadi lemah
• Sumber ekonomi umat juga akan menjadi terhad
• Menyebabkan hilangnya nilai Islam dalam kehidupan umat. Pengaruh sekular akan menjadikan mereka mencintai harta lebih daripada Allah serta bersifat angkuh dan pentingkan kebanggaan diri.

Kesimpulannya, pengaruh sekular telah banyak meresap dalam kehidupan dan urusan kehidupan dan keagamaan umat Islam serta negara Islam itu sendiri. Lantaran itu pengaruh ini hendaklah dibendung kerana kesannya boleh menyebabkan akidah umat Islam akan terpesong, kerana Islam membawa kesepaduan di antara urusan keduniaan, kehidupan dan keagamaan. Malahan umat Islam mestilah mengarahkan segala usaha keduniaan dan kehidupan mereka supaya menjadi satu ibadat. Apabila umat Islam menyedari hakikat ini dan menilai kembali fitrah dan peranan mereka diwujudkan ke dunia ini, maka dengan sendirinya mereka akan memahami bahawa keagamaan itu atau perkara ibadat bukan hanya tertumpu di masjid sahaja dengan melaksanakan ibadat khusus. Malah ia juga meliputi ibadat umum atau apa sahaja yang bersesuaian dengan Islam demi mencari keredhaan Allah S.W.T. Jelaslah di sini bahawa sekularisme yang memisahkan agama daripada keduniaan atau kehidupan dan menafikan agama adalah konsep yang salah dan bertentangan dengan akidah Islam.

Oktober 24, 2009

Kapal Perang Terlaju Dunia

BATH , Maine 23 Okt. - Keperluan tentera laut Amerika Syarikat (AS) untuk memiliki kapal perang laju bakal dipenuhi oleh dua buah kapal yang telah mencapai kelajuan seperti kenderaan di lebuh raya semasa menjalani ujian di laut.
Kapal Independence itu boleh mencapai kelajuan maksimum 45 knots atau kira-kira 87 kilometer sejam dan kelajuan 44 knots (85 kilometer sejam) secara berterusan selama empat jam semasa menjalani ujian pembina kapal yang berakhir pada bulan ini dekat Pantai Teluk Mexico.
Kapal Freedom yang sepanjang 115 meter dan dibina oleh kontraktor pertahanan berasingan, juga didapati telah mencapai kelajuan serupa.
Kedua-dua versi yang dikenali sebagai Littoral Combat Ship (Kapal Tempur Pesisir) itu menggunakan enjin diesel berkuasa tinggi dengan bantuan turbin gas untuk bergerak lebih laju.
Kapal-kapal tersebut menggunakan jet-jet air boleh kemudi bagi menggantikan kipas dan kemudi, selain mampu mengharungi perairan lebih cetek berbanding kapal perang biasa, membolehkannya belayar lebih hampir dengan pantai dan memburu lanun dengan lebih berkesan.
Pembinaannya telah dipercepat kerana tentera laut mahu kapal yang boleh beroperasi di kawasan pesisir.
Freedom dijangka mula beroperasi tahun depan, dua tahun lebih awal daripada jadual.



Independence ialah kapal perang berbadan aluminium yang dibina oleh Austal USA di Mobile, Alabama. Kontraktor utama ialah anak syarikat General Dynamics, Bath Iron Works di Maine.
Lockheed Martin Corp pula mengetuai pasukan yang membina Freedom di Marinette, Wisconsin. Ia nampak seperti kapal perang konvensional dengan badan diperbuat daripada keluli.
Kedua-dua pasukan bersaing untuk membolot kontrak lumayan kerana tentera laut merancang untuk memilih sama ada Lockheed Martin atau General Dynamics sebagai pembina, bukan kedua-duanya.
Tentera laut lambat laun merancang untuk memiliki 55 kapal perang laju seumpamanya. – AP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm


Putra Perdana berkata :

Apakah ini merupakan satu lagi amaran oleh amerika kepada musuh mereka di seluruh dunia, yang pasti semua ini jika difikirkan sejenak adalah satu bentuk serangan psikologi terhadap negara yang mempunyai hubungan dingin dengan amerika. Negara seperti Iran merupakan sasaran terbaru pada masa ini.
Adakah ini merupakan amaran secara tidak langsung kepada Republik Islam Iran agar tunduk dan patuh kepada apa yang telah disuarakan oleh majlis keselamatan PBB berhubung beberapa isu berbangkit yang belum mencapai kata putus sehingga kini. Amerika mempamerkan segala kelengkapan canggih dan terbaru disaat genting seperti ini. Apakah semua ini……???

Oktober 23, 2009

Pembunuhan penamat yang berbisa

       Kelangsungan hidup perlu diteruskan walau dengan apa cara sekalipun. Keperitan yang melanda terpaksa jua ditempuh dengan tabah dan sabar. Sesungguhnya dalam semua itu pasti ada yang tersirat dan tersurat. Tetapi untuk sesekali mengalahkan dan berundur ke belakang adalah amat mustahil, kerana semua tersebut pasti akan ditempuh walau dengan apa cara sekalipun.
            Kezaliman perlu ditentang, keadilan perlu dicari dan kedamaian merupakan asset yang paling penting dalam meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang ini. Konflik dan perbalahan perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin. Namun jika pihak yang terbabit masih mahu bermain api dan cuba mencabar kesabaran yang sedia ada, maka jalan terakhir ialah dengan turut sama terlibat dalam permainan yang diatur oleh musuh.
            Justeru pertumpahan darah merupakan jalan terakhir yang tidak dapat dielakkan lagi, walau dalam apa cara sekalipun, jalan inilah merupakan jalan penamat kepada semua masalah yang wujud pada hari ini. Namun jalan ini jugalah yang telah zaman –berzaman diguna pakai oleh masyarakat yang berpijak di atas dunia ini. Pembunuhan penamat yang berbisa.





                                                               Pembunuhan
            


       Pembunuhan dan penindasan telah sebati dalam jiwa setiap manusia sejak berkurun lamanya, terkadang kala kita alpa dengan semua ini, pengajaran dari apa yang telah terjadi tidak sedikit pun dijadikan iktibar dan pedoman. Kita masih lagi lalai dalam kesenangan dan fenomena cinta akan dunia takut kepada kematian begitu kuat menguasai jiwa setiap manusia pada hari ini.
            Semangat perjuangan untuk mempertahankan agama dan bangsa telah terhakis dalam jiwa setiap pemuda generasi islam pada hari ini. Mereka lebih tergilakan dunia daripada mencari kebahagian kekal abadi di akhirat sana. Justeru akan terus tertindas agama yang tercinta ini di dunia yang penuh penipuan. Semangat juang generasi terdahulu tidak langsung mengalir di dalam diri golongan muda pada hari ini.
            Perjuang yang membela agama adalah pejuang yang sejati. Pejuang yang gugur kerana agamanya adalah syuhada yang disanjung. Matinya pejuang ini namamu akan terus subur diingatan setiap anak bangsa. Walau engkau dikecam atau kata penderhaka namun jasa dan pengorbananmu akan terus terpahat dalam lipatan sejarah sebagai pejuang agama dan bangsa yang terbilang.
            Maka pengkisahan kepada sejarah amat penting pada hari ini, dunia islam begitu ramai mempunyai tokoh pejuang yang terbilang antaranya Salahuddin Al-ayubbi, sultan Muhammad al-fateh dan ramai lagi. Bagi rantau asia tenggara sudah pasti nama seperti Haji Mat Hassan bin Panglima Mat Munas atau lebih dikenali sebagai tok janggut merupakan antara tokoh pejuang yang perlu diingati.
            Keberanian dan semangatnya dalam menentang penjajahan inggeris di bumi serambi mekah negeri Kelantan adalah lambang perjuangan sebenar yang perlu dicontohi. Penentangan yang akhirnya menyaksikan satu jasad yang tidak bersalah telah terkulai layu dalam apa yang katakan sebagai penderhaka oleh pihak penjajah adalah sebenarnya satu perjuangan yang suci dan mulia.



                                                           Tok Janggut
           
           Sayangnya pada hari ini, semua perjuang tersebut telah mulai dilupakan oleh sesetengah masyarakat, muda mudi kita tidak lagi segagah dahulu, arak dan dadah serta penyakit social mula menular dalam pemikiran mereka. Keasyikan dunia mula menjadi kegilaan sehingga hilang pertimbangan yang  sepatutnya. Pembunuhan yang menjijikan telah mengantikan tikaman keramat pejuang agama dan bangsa. Setitik darah  berharga dari para syuhada, diganti dengan limpahan merah di jalanan oleh mereka yang bergelar mat rempit.

April 27, 2009

Bola ohh Bola

Liga Super dan FAM

Kebangkitan skuad kelantan pada musim ini merupakan sesuatu yang amat membanggakan dan sudah pastinya menghadirkan ancaman dan kegerunan bagi pasukan-pasukan elit khususnya dalam saingan liga super. Walaupun tidak berikan perhatian khusus pada awal musim.

Namun kebangkitan mendadak Kelantan pada musim merupakan sesuatu yang diluar jangkaan semua pihak. Skuad The Red Warrior merupakan satu kebangkitan era bola sepak Kelantan dalam usaha menguasai arena bola sepak negara pada musim dan musim-musim yang bakal mendatang.

Namun dalam kita memperkatakan tentang kebangkitan yang diluar dugaan ini, dan kebanggaan pada skuad the red warrior pada musim ini, ada sesuatu hal yang kurang enak untuk kita semua tontoni pula terjadi. Bukan untuk mendabik dada atau melemparkan tohmahan yang boleh menyakitkan hati mana-mana pihak.

Tetapi realiti yang timbul akhir-akhir ini, jelas boleh menimbulkan rasa kurang senang bagi sebilangan penyokong setia skuad kijang. Pelbagai drama yang tidak sepatutnya mula dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Segala kesalahan yang terjadi dengan terang-terangan seratus peratus dipersalahkan kepada Kelantan walau dalam apa situasi sekalipun.

Tanpa bukti dan siasatan mendalam, dengan begitu cepat Kelantan menerima hukumannya. Adakah ini sesuatu yang adil. Jika mahu melihat bola sepak negara bergerak maju dan melangkah gagah di arena antarabangsa, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, ini kerana pembangunan bola sepak seharusnya bermula diperingkat akar umbi.

Justeru saingan liga super merupakan suatu platform yang penting ke arah mencapai matlamat tersebut. Dan pasukan yang beraksi di dalamnya merupakan aset yang utama. Maka kehadiran skuad Kelantan perlu dilihat dari sudut yang positif dan bukannya sekadar mencukupkan kouta pasukan yang bersaing. Namun seperti yang perkatakan, banyak pihak kurang senang dengan semua ini.

Badan induk bola sepak kebangsaan (FAM) sendiri akhir-akhir ini dilihat cuba menjadi dalam yang cuba membantukkan perkembangan ini, Kelantan ibarat anak tiri di mata mereka, begitu cepat kesalahan Kelantan dicari dan hukumannya sepantas kilat dijatuhkan. Sedang pasukan lain yang bermasalah dibuat endah tak endah dan budi bicara masih lagi digunakan, namun sebaliknya tidak bagi Kelantan,,, alahai FAM.

Ke mana hilangnya sikap professional dan kredibiliti yang dimiliki oleh FAM selama ini, dengan tinduk tanduk yang dilihat seakan-akan berat sebelah pada waktu ini, sudah pasti kepercayaan yang selama ini disandarkan seratus peratus kepada FAM mungkin akan hilang dimata penyokong. Justeru penawar segera perlu bagi mengubati penyakit yang agak kronik yang sedang menjangkiti FAM pada masa ini.

Piala FA dan Mutu Pengadil

Setelah penantian selama 39 tahun, akhirnya buat kali pertamanya skuad Kelantan berjaya mencatat sejarah apabila layak ke perlawanan akhir piala FA. Kejayaan yang membanggakan ini dengan lantas menyuntik semangat penyokong Kelantan untuk sama-sama memberikan sokongan yang padu pada skuad kijang. Maka apabila perlawanan akhir diumumkan akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, puluhan ribu penyokong Kelantan dari segenap pelusuk negara berduyung-duyung datang memberikan sokongan. Itu sekadar sebahagian cerita pada detik menjelangnya perlawanan bersejarah tersebut.

Namun yang sebenarnya ingin diperkatakan adalah tentang mutu pengadilan yang terjadi di atas padang pada malam perlawanan itu. Bukan ingin melepaskan rasa kecewa akibat dari kegagalan Kelantan memenangi piala tersebut, tetapi mutu pengadilan pada malam itu dilihat oleh kebanyakkan pihak ibarat cuba menjadikan skuad Kelantan sebagai mangsa keadaan.

Terlampau banyak kesalahan dijatuhkan kepada pemain Kelantan, layanan kad kuning yang berterbangan kepada pemain Kelantan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi, apakah setiap tindakan pemain Kelantan merupakan sesuatu yang berbahaya, sedang di pihak lawan semuanya baik ker? Hanya pengadil yang mampu menilainya,,, alahai Subkidin. 

Sedang pak cik-pak cik di kampung pun pandai menilai mutu pengadilan pada malam itu ini kan pula pihak FAM yang jauh lebih terpelajar. Satu kajian khusus perlu bagi menilai kembali apakah mutu pengadilan di negara ini benar-benar menepati piawaian peringkat antarabangsa. Maka tidak hairanlah jika selama ini ramai jurulatih tempatan sering mempersoalkan tentang mutu pengadilan di negara ini.

Namun dalam isu piala FA ini, pengadil yang bertugas bukan calang-calang pengadil, itu pengadil terbaik yang dimiliki oleh FAM, wahhh nampak gayanya jika pengadil itu yang terbaik di negara ini, maka tidak hairanlah jika negara kita sememangnya dipenuhi oleh ramai pengadil yang berkaliber, heheheeee…..

Tindakan pengadil pada malam kejadian jelas sekali menghadirkan rasa kurang senang bagi kalangan penyokong Kelantan termasuk juga dari jurulatih Kelantan. Banyak keputusan yang dibuat dilihat memberi kelebihan pada Selangor. Cukuplah kamu menjadi pengadil jika inilah sikapnya.

Maka perkara yang sepatutnya, khidmat pengadil tempatan seharusnya dihadkan untuk saingan liga sahaja cukuplah, apabila menjelang sesuatu perlawanan akhir, pergadil luar yang lebih bersikap terbuka sepatutnya diberi tugas mengalas peranan tersebut. Carilah pengadil diperingkat serantau yang lebih berkaliber.

Apa pun, walaupun gagal meraih kemenangan pada malam itu, skuad Kelantan telah menunjukkan satu semangat juang yang tinggi tetapi telah digagalkan sebenarnya oleh kerenah pengadil yang agak huru-hara serta cetek pertimbangan akalnya. "Jika hendak menarik rambut didalam tepung, pastikan rambut tidak putus dan tepung tidak bertaburan "

Gomo kelate gomo, ayuh teruskan perjuangan dalam liga super dan kejuaraan piala Malaysia, jangan cepat kita mengalah…..

Reformasi Minda :
--kijang care--



 

Mac 13, 2009

Zionis dan Ekonomi Dunia

Dunia pada hari ini, jelas menggambarkan kepada kita betapa satu order baru sedang cuba menyerang pemikiran kita sebagai manusia dalam bentuk yang terlampau licik dan secara halus sehingga kita tidak menyedarinya secara sedar.

Apa yang sebenarnya cuba diungkapkan ialah, manusia pada hari ini sedang dilanda dengan pelbagai masalah yang amat berat untuk ditanggung, sama ada dari segi moral, politik, ekonomi atau segala-galanya. Mereka yang berkepentingan begitu bijak memainkan peranan mereka 

dalam usaha untuk memerangkap manusia sejagat dengan apa yang disebut sebagai dunia tanpa sempadan atau lebih tepat lagi diistilahkan sebagai " globalisasi". Bagi masyarakat atau negara-negara kecil yang tidak mempunyai kekuatan yang kukuh dalam bidang ekonomi, mereka akan 

merasakan semua ini sebagai satu bencana yang sungguh dahsyat dan amat berat untuk ditangani dan ditempuhi. Mahu tidak mahu mereka akan terpaksa akur dengan pelan pemulihan yang dicadangkan oleh golongan berkepentingan yang telah merencanakan semua perkara dan 

masalah ini. Oleh hal yang demikian, maka bermulalah satu episod duka yang mungkin tidak akan ada kesudahannya kepada negara-negara ini, dimana mereka secara langsung akan mula terikat dengan hutang berbilion dolar dengan negara "penderma" yang kononnya cuba 

membantu mereka sebelum ini dan juga dengan badan-badan kewangan dunia yang lain terutamanya dengan bank dunia dan sebagainya. Dan harus diingat semua badan tersebut merupakan satu agenda tersembunyi yang dimainkan oleh mereka yang tidak mahu melihat 

negara-negara lain di dunia ini terutama dunia islam bergerak lebih maju dan pesat berbanding mereka. Oleh itu, segala kepincangan ini merupakan satu permainan licik dari golongan Yahudi dan sekutu-sekutunya terutamanya dari Negara Barat dan Amerika Syarikat

Justeru, satu penyelesaian segera perlu dicari bagi mengurangkan kebergantungan kita kepada negara-negara tersebut. Supaya manusia tidak lagi terus dihimpit oleh kerakusan mereka yang tidak berperikemanusiaan ini, situasi sekarang menunjukkan kepada kita betapa hanya mereka yang berkuasa sahaja mampu melakukan apa sahaja, mereka yang kaya akan bertambah kaya dan yang miskin akan terus bertambah miskin. 


Reformasi minda :
--amar '09--

 

Januari 24, 2009

Kezaliman Tanpa Sempadan

Hari ini kezaliman wujud di serata pelusuk dunia tanpa mengira sempadan, pelbagai "drama" kezaliman dapat dilihat dengan mata kasar setiap manusia. Walau kita mengagung-agungkan bahawa kita lah makhluk yang paling 

bertamadun pada abad ini namun segala tingkah laku dan perbuatan kita pada dasarnya masih menggambarkan betapa kita sebenarnya masih jauh untuk mengapai semua itu.

 Pada hakikatnya manusia pada hari tidak ubah seperti mana manusia pada zaman batu, dan mungkin tamadun pada zaman batu jauh lebih baik daripada kita. Mengapa dikatakan demikian,?

 Jawapannya mudah sahaja, cuba kita perhatikan disekeliling kita pada hari ini, manusia pada hakikatnya sudah mulai hilang normal kehidupannya, yang muda tidak lagi menghormati yang tua, yang tua tidak lagi menyayangi yang muda, ini adalah contoh yang terbaik… 

apabila semua ini terjadi, maka tidak hairanlah jika keadaan masyarakat kita pada hari ini semakin hari semakin meruncing. Jiran tetangga tidak lagi kenal-mengenali antara satu sama lain, 

ini merupakan suatu yang amat memalukan dan merupakan tanda-tanda kecil perpecahan diantara masyarakat kita khususnya orang islam pada hari ini.



Anak kecil yang tidak berdosa


Jika semua ini tidak dibendung dari peringkat akar umbi, nescaya kehancuran yang bakal melanda umat manusia dan islam khususnya merupakan sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi. 

Kembali kita kepada isu Palestin sebagai contoh, ini lah akibat yang terpaksa ditanggung oleh saudara seagama kita di sana akibat perpecahan yang berlaku dalam masyarakat Arab khasnya.

 Negara-negara arab yang kaya raya dan terpengaruh hanya diam membisu seribu bahasa tanpa sebarang suara mengutuk rejim zionis. Ke mana hilangnya semangat ukhwah sesama muslim yang diajar oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. 

Jika ini terus berlaku nescaya kita merupakan umat yang paling malang di dunia, dengan bilangan yang hampir mencecah jumlah dua billion orang sepatutnya perkara seperti yang melanda Palestin tidak seharusnya berlaku.



Akibat Perang


Justeru, marilah kita berusaha untuk mengatasi semua ini secara kolektif. Dunia hari ini siapa yang berkuasa beliau lah yang akan menentukan semuanya, orang yang lemah akan sentiasa menjadi bahan penindasan kepada yang berkuasa. 

Realitinya sekarang orang islam merupakan golongan yang nampaknya cuba diancam oleh mereka yang berkepentingan terutamanya oleh bangsa Yahudi Laknatullah, dari hari ke hari yahudi cuba untuk menghapuskan islam secara total. 

Tetapi semua perancangan jahat mereka itu nampaknya tidak berjaya. Semua usaha yang dilakukan telah dapat diatasi oleh umat islam dengan tabah berbekalkan semangat jihad yang jitu dan keyakinan yang tinggi kepada yang maha pencipta. 

Selain umat islam, bangsa-bangsa lain juga ada yang turut terheret sama ke kancah penindasan ini di serata dunia, namun mereka masih mendapat pembelaan yang sepatutnya, inilah yang dikatakan berlaku diskriminasi terhadap umat islam di serata dunia yang tidak dapat dinafikan lagi.



Kezaliman tak mengenal siapa


Umat islam hari ini perlu menguasai ilmu pengetahuan dengan lebih pesat dan perlu bergerak jauh ke hadapan berbanding bangsa lain, kita perlu menjadi pengeluar barangan utama dunia dan bukan lagi menjadi penggunaan utama bagi barangan keluaran musuh-musuh islam.

Negara islam yang dianugerahkan dengan kekayaan minyak dan petroleum seharusnya menjadikan kedua-dua sumber mineral tersebut sebagai senjata utama bagi memerangai musuh islam di seluruh dunia… 


 


 

Reformasi minda,

--muzakir 'o9--

Tzipi Livni : Wanita Bertopengkan Syaitan

Hapuskan Yahudi Laknatullah……

Hancurkan Rejim Zionis…….

Kuburkan sebuah negara bernama Zionis…..

Episod kezaliman rejim zionis terhadap rakyat Palestin khususnya di Tebing Gaza semakin hari semakin mencapai tahap paling "gila" tanpa sebarang rasa prikemanusiaan. 

Kerakusan tangan-tangan tentera zionis dengan dibantu oleh kelengkapan ketenteraan model tanpa henti-henti membunuh satu demi satu masyarakat awam Palestin yang tidak berdosa termasuklah kanak-kanak, golongan wanita dan juga orang-orang tua.

Namun disebalik "drama" kedukaan yang tidak berpenghujung ini berdirinya seorang "pengarah" wanita yang yang paling zalim dan tidak bermaruah di dunia dengan lagak dan egonya. 

Wanita yang dimaksudkan tersebut bukanlah calang-calang "sutradara", ia merupakan watak disebalik segala kezaliman yahudi. Tzipi Livni wanita yang bertopengkan syaitan, menteri luar negeri Israel ini merupakan wanita sebenar yang dimaksudkan. 

Wanita ini dianggap sebagai jelmaan Golda Meir iaitu perdana menteri Israel yang ke-4, yang terkenal dengan watak zalimnya terhadap masyarakat arab. Dunia menantikan apakah Tzipi Livni pada kali ini lebih dashyat dan menggerunkan lagi jika dibandingkan dengan Golda Meir. 

Tzipi Livni merupakan diantara orang penting yang berperanan dalam kempen ketenteraan yahudi ke atas palestin disamping perdana menteri rejim zionis tersebut. Beliau merupakan antara pemimpin yang paling berpengaruh dalam parti Kadima yang juga merupakan parti pemerintah. 

Pengalamannya yang agak lama dan luas dalam pasukan khas zionis iaitu Mossad, menjadikannya lebih digeruni samada oleh kawan mahupun lawan. Justeru tidak hairanlah reputasinya begitu dihormati oleh masyarakat yahudi.


 


Tzipi Livni

Kezaliman dan kebiadapan Tzipi Livni telah meletakkan dirinya sebagai wanita yang menduduki rangking atau senarai yang ke-52 wanita yang paling berpengaruh di dunia melalui satu kaji selidik yang telah dilakukan oleh majalah Forbes. 

Hal ini telah menunjukkan kepada kita betapa berpengaruhnya Tzipi Livni. Di saat-saat negara Israel semakin hampir dengan pilihan raya, reputasi Livni dan parti pimpinannya Kadima dilihat semakin mendapat tempat dan meraih populariti yang tinggi dalam kalangan masyarakat yahudi.


 

Selamatkan masyarakat Gaza dari belenggu kekejaman rejim zionis…


 


Reformasi Minda:

--muzakir 'o9--

Januari 23, 2009

Amerika Syarikat Proksi Kejahatan Dunia

Selepas berlakunya peristiwa yang disebut sebagai "9 September" di Amerika Syarikat. Negara kuasa dunia tersebut yang selama ini menganggap mereka sebagai "polis dunia" tanpa melakukan sebarang siasatan dan kajian mendalam,

telah dengan sewenang-wenangnya melabelkan islam sebagai pengganas.Osama bin Laden dengan pantasnya dituduh sebagai dalang utama kepada semua kemusnahan tersebut. 

Nama Osama bin Laden menjadi terkenal di seluruh dunia hanya dalam jangka masa yang begitu singkat dan lebih popular daripada artis-artis serta bintang-bintang pujaan dunia seperti Tom Cruise mahupun David Beckham. 

Presiden Bush merupakan orang yang paling penting dalam menyebarkan propaganda ini. Kedudukannya sebagai presiden sebuah negara kuasa dunia telah digunakan dengan sepenuhnya untuk meraih sokongan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi pengganas. 

Kesannya tanpa sebarang bukti yang kukuh dua buah negara islam telah menjadi mangsa "kegilaan dan kebegongan" Amerika iaitu Afghanistan dan Iraq. Tanpa menghiraukan bantahan dunia mahupun badan induk majlis keselamatan PBB,

Amerika dengan ego dan bongkoknya tetap menyerang kedua-dua negara islam tersebut atas alasan memerangi pengganas. Kerajaan Taliban di Afghanistan dan Saddam Hussain di Iraq menjadi sasaran utama amerika dan sekutu-sekutu rapatnya yang lain.


 


Presiden Bush

Tindak tanduk Bush tersebut telah memperlihatkan kepada dunia betapa sebenarnya proksi kepada kejahatan sejagat adalah Amerika bukannya Islam. Dalam hal yang berkaitan Palestin pada hari ini ia jelas memperlihatkan kepada dunia,

betapa Amerika sebenarnya teras utama kepada keganasan Israel terhadap masyarakat Palestin. Peralatan ketenteraan yang canggih dan terkini telah dibekalkan oleh Amerika kepada sekutu rapatnya itu.


 


Barack Obama

Bakal Presiden Amerika yang ke-44, Barack Obama yang diharap akan mengubah dan memperbaiki segala kesalahan yang telah dilakukan oleh presiden nampaknya seakan-akan bakal mewarisi segala macam tabiat buruk presiden terdahulu. 

Kemungkinan dasar luar Amerika terhadap Israel masih tidak akan berubah dengan sokongan padu terus diberikan oleh negara tersebut kepada rejim zionis. Hal ini telah dibuktikan sebagaimana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh bakal naib presiden baru Amerika iaitu Joe Biden dalam satu temubual.


Joe Biden

Biden dalam kenyataannya jelas menggambarkan Amerika akan terus menggekalkan hubungan yang sedia dengan rejim zionis. Maka tidak hairanlah jika Israel terus bermaharajalela di bumi Palestin pada masa ini kerana mendapat restu dari Amerika.

 Kerajaan baru Amerika, yang akan diketui oleh Obama sendiri pada pertengahan Januari nanti sudahpun jelas terbayang akan pengaruh yahudi dan Israel kerana antara individu penting yang dilantik membarisi jawatan utama dalam pentadbirannya merupakan mereka yang berlatar belakangkan yahudi.

Antaranya seperti bakal ketua staf white house yang baru iaitu Ram Emmenual, ianya merupakan seorang yang berketurunan yahudi. Justeru dalam keadaan dunia yang sedang ditimpa pelbagai musibah kemanusiaan pada hari ini,

maka tanggapan yang mengaitkan islam dengan keganasan perlu dikikis kerana pihak sebenarnya yang menganjurkannya ialah Amerika itu sendiri yang selama ini berlagak sebagai "polis dunia" kononnya atas nama untuk menegakkan demokrasi dan memerangi keganasan global.


 

Selamatkan bumi Palestin dari kekuasaan rejim zionis laknatullah….


 

Reformasi Minda :

--muzakir '09--


 


 

Perspektif 2008

 Perspektif pada kali ini cuba menyingkap peristiwa- peristiwa penting bagi tahun 2008 yang baru sahaja melabuhkan tirainya tepat pada detik 12 tengah malam 31 Disember 2008. Pastinya tahun 2008 banyak meninggalkan suka duka dalam 

lipatan sejarah dunia amnya dan negara kita Malaysia khasnya. Banyak fenomena di luar jangka yang menghiasi tahun ini dengan pelbagai cerita dan episod suka dukanya. Antara yang menarik untuk disingkap bersama adalah seperti sesuatu 

yang digelarkan sebagai "tsunami politik" yang melanda negara pada pilihanraya umum yang baru sahaja berlalu pada mac yang lalu. Buat pertama kalinya dalam tempoh hampir lima puluh tahun kerajaan barisan nasional hilang majority dua 

pertiga di parlimen dengan kebangkitan yang di luar jangkaan oleh Pakatan Rakyat. Selain itu, buat pertama kalinya lima buah negeri jatuh serentak ke tangan pembangkang dan misi untuk merampas kembali Kelantan nampaknya 

sekali lagi menemui kegagalan. Tahun 2008 juga banyak memaparkan tragedi yang menguris hati kita sebagai seorang manusia terutamanya dengan peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit 

dan turut meragut nyawa insan yang tidak bersalah. Satu penyelesaian segera perlu dicari agar peristiwa hitam ini tidak lagi berulang kembali. Sementara itu isu lain yang turut menarik sepanjang tahun 2008 ialah kenaikan harga minyak 

mentah dunia secara mendadak sehingga mencecah paras tertinggi pada julai yang lalu iaitu pada harga dagangan 140 dolar seton. Justeru ianya telah menyebabkan hampir keseluruhan negara di dunia menerima tempiasnya. 

Keadaan ini juga telah mengherat negara kuasa besar terutamanya Amerika Syarikat dan Jepun ke kancah kemelesetan ekonomi terburuk pada abad ini dan seterusnya menular ke negara-negara rakan dagangan utama mereka yang lain. 

Impak dari suasana tidak menentu ini telah menyebabkan banyak syarikat gergasi utama dalam bidang perbankan khasnya "gulung tikar" antaranya seperti gergasi perbankan utama Amerika Syarikat iaitu Lehman Brother, akibat tekanan 

yang terlampau kuat dari keadaan pasaran saham semasa akhirnya firma ini terpaksa akur dengan realiti sebenar dan akhirnya diisytiharkan muflis. Selain itu perspektif 2008 juga melihat isu rampasan kapal dagang di perairan Teluk 

Aden, Somalia sebagai sesuatu yang mencuri tumpuan dunia. Kegiatan lanun yang semakin menjadi-jadi di kawasan tersebut telah menyebabkan industri perkapalan dunia berada dalam satu situasi yang amat berbahaya khususnya 

kepada kelasi-kelasi atau mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang ini. Kes rampasan ini meningkat dengan begitu mendadak, syarikat perkapalan negara MISC juga tidak terlepas dalam kes ini dimana dua daripada kapalnya 

turut menjadi mangsa. Walaupun usaha serantau dan global telah digerakkan dengan negara-negara yang terbabit menghantar armanda perang masing-masing untuk melindungi kapal dagang mereka namun ianya masih tidak berjaya untuk 

mengekang kegiatan lanun tersebut. Selain itu cerita yang mencuri tumpuan pada tahun 2008 ini ialah sudah tentu tentang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, buat pertama kalinya dalam tempoh lebih 232 tahun seorang yang 

berkulit hitam telah di pilih sebagai presiden amerika yang ke-44 iaitu Brack Obama. Dunia mengharapkan perkembangan ini sebagai satu titik perubahan menjelang tahun 2009, Obama diharap dapat mengubah iklim politik dunia yang 

pada masa ini berada dalam suasana kacau bilau dan tidak menentu akibat dari kesilapan yang telah dilakukan oleh presiden Bush. Sebelum tirai 2008 di tutup, sudah semestinya dunia tidak akan melupakan kisah yang paling menarik pada 

tahun ini iaitu insiden membaling kasut oleh seorang wartawan Iraq (Muktadar al-zaidi) kepada presiden Bush di Baghdad. Insiden ini telah memberi tamparan yang begitu hebat kepada Bush di akhir tempoh pentadbirannya yang bakal 

berakhir pada pertengahan januari nanti. Namun tirai 2008 ini di tutup dengan insiden yang amat tragis iaitu serangan oleh rejim Israel terhadap masyarakat Palestin di Gaza yang telah meragut ratusan nyawa yang tidak berdosa setakat 

ini. Keangkuhan rejim zionis nampaknya semakin sukar untuk dibendung dengan egonya yang semakin menjadi-jadi. Peristiwa-peristiwa di atas merupakan sedikit sebanyak sorotan yang dapat dipaparkan sepanjang mengenang tahun 2008.

Selamat menyambut tahun baru 2009 bersamaan 1430 Hijrah.


 

Reformasi Minda,

--Ahmad Muzakir Bin Ab. Razab--


 

Warna – warni tahun baru 2009

Berakhirnya tahun 2008, kini tahun baru 2009 telah menjelma dengan 1001 cabaran dan onak duri yang bakal di tempuhi dengan semangat dan usaha yang bakal menentukan jatuh bangun kita dalam menempuh mehnah kehidupan ini.

Diharap dengan kedatangan tahun baru masihi 2009 ini, kita sebagai umat islam seharusnya lebih baik dari tahun sebelumnya. Sesungguhnya tahun 2008 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya telah meninggalkan lipatan sejarah yang amat pahit kepada umat islam seluruh dunia amnya.

Namun sekiranya segala peristiwa lalu itu tidak dijadikan pedoman dan iktibar kepada kita semua, maka dibimbangi musibah yang bakal menimpa umat islam pada tahun ini mungkin lebih dahsyat dan mengerikan lagi.

Dalam menyambut tahun baru 2009 ini, perlu direnung kembali apa yang telah kita lalui pada tahun sebelumnya, masalah keruntuhan akhlak dan moral dikalangan umat islam pada hari ini perlu direnung bersama.

Apa yang dibimbangi ialah mungkinkah perkara yang pernah disampaikan oleh rasullah s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud : "akan datang suatu masa umat islam ibarat buih dilautan" yang membawa pergertian yang cukup mendalam kepada kita sebagai seorang umat islam untuk direnungi bersama.

Hadis tersebut pada dasarnya menggambarkan, suatu masa sebelum datangnya hari kiamat umat islam didunia mempunyai bilangan yang amat besar dan ramai ibarat himpunan buih dilautan namun pada hakikatnya mereka ini sekadar pada bilangannya sahaja tetapi dari segi kualiti dan penguasaan ilmu pengetahuan amat jauh ketinggalan berbanding umat-umat atau penganut agama yang lain di dunia ini.

Warna-warni 2009 juga turut melihat betapa rapuhnya akibah muda-mudi islam pada akhir-akhir ini dimana mereka lebih menagung-agungkan sambutan tahun baharu masihi berbanding tahun baharu hijrah yang baru kita rayakan beberapa hari yang lalu.

Keghairahan golongan remaja kita menyabut tahun baru jelas terpancar menerusi gelagat dan tingkahlaku mereka menjelang detik yang ditunggu-tunggu setiap tahun iaitu pada jam dua belas tengah malam.

Bagaikan suatu ritual atau upacara yang wajib bagi mereka setiap tahun menjelang saat dan detik keramat ini mereka dengan sabar menantikan kehadirannya walau dimana tanpa mengira tempat.

Pelbagai perkara yang bertentangan dengan syariat islam diadakan tanpa rasa segan dan silu, mereka berpesta ibarat masyarakat yang tidak bertamadun dan hidup di zaman primitif. Pesta seks berleluasa tanpa mengira tempat terutama di bandar-bandar besar seluruh negara.

Dari peringkat remaja hinggalah yang sudah mencecah usia senja tanpa segan silu terjebak ke kancah maksiat ini. Ini kah masyarakat atau generasi pelapis yang kita bakal wariskan negara ini suatu masa nanti,

andainya ini lah reality sebenar, maka bersedia lah kita untuk melihat kehancuran sebuah negara yang bernama Malaysia yang kita bina selama ini terkubur begitu sahaja, hal ini kerana golongan muda mudi masa inilah yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan,

andai golongan ini dari awal lagi sudah tersungkur maka pada siapa lagi harus kita harapkan… fikirkanlah….

Pada ruangan warna-warni tahun baru 2009 ini sebenarnya kita akan melihat bagaimana sambutan tahun baru pada kali ini disambut. Pada hakikatnya sambutan tahun pada kali ini amat jauh terpesong dari tuntutan agama.

Sambutannya banyak diwarnai dan dihiasi dengan perkara-perkara maksiat dan kekufuran. Lelaki dan wanita bebas bercampur gaul dan tidak memperdulikan batasan dan normal kehidupan.

Seks bebas berleluasa tanpa sekatan, botol-botol arak bergelimpangan di segenap kawasan dan jalanan. Mereka yang dipengaruhi alkohol terhuyun-hayan ke sana ke mari tanpa sebarang arah tujuan.

Mungkinkah musabih atau lebih tepat disebut "bala" akan melanda sekali masyakat kita pada tahun ini, Allah s.w.t. telah mengingatkan umat islam sebagai mana firmanya di dalam al-quran yang bermaksud; "Dan sekiranya penduduk sesuatu negeri itu beriman kepada Allah nescaya kami akan melimpahkan rahmat kepada mereka, namun sekiranya mereka mendustai ayat-ayat Allah nescaya kami akan timpakan mereka dengan azab yang amat pedih".

Ayat tersebut mengingatkan kita kepada azab Allah yang bakal menimpa sekiranya kita lalai dan alpa dalam kehidupan seharian. Justeru sepatutnya dalam menyambut tahun baru ini, pengisian yang bermakna dan berteraskan ajaran islam sepatutnya lebih dititik beratkan.

Majlis-majlis tahlil dan bacaan yassin sepatutnya mengambil tempat, bukannya pesta-pesta ala haiwan dan hiburan-hiburan ala syaitan yang diutamakan. Semoga kita semua mendapat rahmat dan dilindungi olehNya…

--Selamatkan saudara islam Gaza dari kerakusan yahudi laknatullah—



Reformasi minda;

--Ahmad Muzakir Bin Ab. Razab--