Hari ini kezaliman wujud di serata pelusuk dunia tanpa mengira sempadan, pelbagai "drama" kezaliman dapat dilihat dengan mata kasar setiap manusia. Walau kita mengagung-agungkan bahawa kita lah makhluk yang paling
bertamadun pada abad ini namun segala tingkah laku dan perbuatan kita pada dasarnya masih menggambarkan betapa kita sebenarnya masih jauh untuk mengapai semua itu.
Pada hakikatnya manusia pada hari tidak ubah seperti mana manusia pada zaman batu, dan mungkin tamadun pada zaman batu jauh lebih baik daripada kita. Mengapa dikatakan demikian,?
Jawapannya mudah sahaja, cuba kita perhatikan disekeliling kita pada hari ini, manusia pada hakikatnya sudah mulai hilang normal kehidupannya, yang muda tidak lagi menghormati yang tua, yang tua tidak lagi menyayangi yang muda, ini adalah contoh yang terbaik…
apabila semua ini terjadi, maka tidak hairanlah jika keadaan masyarakat kita pada hari ini semakin hari semakin meruncing. Jiran tetangga tidak lagi kenal-mengenali antara satu sama lain,
ini merupakan suatu yang amat memalukan dan merupakan tanda-tanda kecil perpecahan diantara masyarakat kita khususnya orang islam pada hari ini.
Anak kecil yang tidak berdosa
Jika semua ini tidak dibendung dari peringkat akar umbi, nescaya kehancuran yang bakal melanda umat manusia dan islam khususnya merupakan sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi.
Kembali kita kepada isu Palestin sebagai contoh, ini lah akibat yang terpaksa ditanggung oleh saudara seagama kita di sana akibat perpecahan yang berlaku dalam masyarakat Arab khasnya.
Negara-negara arab yang kaya raya dan terpengaruh hanya diam membisu seribu bahasa tanpa sebarang suara mengutuk rejim zionis. Ke mana hilangnya semangat ukhwah sesama muslim yang diajar oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.
Jika ini terus berlaku nescaya kita merupakan umat yang paling malang di dunia, dengan bilangan yang hampir mencecah jumlah dua billion orang sepatutnya perkara seperti yang melanda Palestin tidak seharusnya berlaku.
Akibat Perang
Justeru, marilah kita berusaha untuk mengatasi semua ini secara kolektif. Dunia hari ini siapa yang berkuasa beliau lah yang akan menentukan semuanya, orang yang lemah akan sentiasa menjadi bahan penindasan kepada yang berkuasa.
Realitinya sekarang orang islam merupakan golongan yang nampaknya cuba diancam oleh mereka yang berkepentingan terutamanya oleh bangsa Yahudi Laknatullah, dari hari ke hari yahudi cuba untuk menghapuskan islam secara total.
Tetapi semua perancangan jahat mereka itu nampaknya tidak berjaya. Semua usaha yang dilakukan telah dapat diatasi oleh umat islam dengan tabah berbekalkan semangat jihad yang jitu dan keyakinan yang tinggi kepada yang maha pencipta.
Selain umat islam, bangsa-bangsa lain juga ada yang turut terheret sama ke kancah penindasan ini di serata dunia, namun mereka masih mendapat pembelaan yang sepatutnya, inilah yang dikatakan berlaku diskriminasi terhadap umat islam di serata dunia yang tidak dapat dinafikan lagi.
Kezaliman tak mengenal siapa
Umat islam hari ini perlu menguasai ilmu pengetahuan dengan lebih pesat dan perlu bergerak jauh ke hadapan berbanding bangsa lain, kita perlu menjadi pengeluar barangan utama dunia dan bukan lagi menjadi penggunaan utama bagi barangan keluaran musuh-musuh islam.
Negara islam yang dianugerahkan dengan kekayaan minyak dan petroleum seharusnya menjadikan kedua-dua sumber mineral tersebut sebagai senjata utama bagi memerangai musuh islam di seluruh dunia…
Reformasi minda,
--muzakir 'o9--
