Oktober 24, 2009

Kapal Perang Terlaju Dunia

BATH , Maine 23 Okt. - Keperluan tentera laut Amerika Syarikat (AS) untuk memiliki kapal perang laju bakal dipenuhi oleh dua buah kapal yang telah mencapai kelajuan seperti kenderaan di lebuh raya semasa menjalani ujian di laut.
Kapal Independence itu boleh mencapai kelajuan maksimum 45 knots atau kira-kira 87 kilometer sejam dan kelajuan 44 knots (85 kilometer sejam) secara berterusan selama empat jam semasa menjalani ujian pembina kapal yang berakhir pada bulan ini dekat Pantai Teluk Mexico.
Kapal Freedom yang sepanjang 115 meter dan dibina oleh kontraktor pertahanan berasingan, juga didapati telah mencapai kelajuan serupa.
Kedua-dua versi yang dikenali sebagai Littoral Combat Ship (Kapal Tempur Pesisir) itu menggunakan enjin diesel berkuasa tinggi dengan bantuan turbin gas untuk bergerak lebih laju.
Kapal-kapal tersebut menggunakan jet-jet air boleh kemudi bagi menggantikan kipas dan kemudi, selain mampu mengharungi perairan lebih cetek berbanding kapal perang biasa, membolehkannya belayar lebih hampir dengan pantai dan memburu lanun dengan lebih berkesan.
Pembinaannya telah dipercepat kerana tentera laut mahu kapal yang boleh beroperasi di kawasan pesisir.
Freedom dijangka mula beroperasi tahun depan, dua tahun lebih awal daripada jadual.



Independence ialah kapal perang berbadan aluminium yang dibina oleh Austal USA di Mobile, Alabama. Kontraktor utama ialah anak syarikat General Dynamics, Bath Iron Works di Maine.
Lockheed Martin Corp pula mengetuai pasukan yang membina Freedom di Marinette, Wisconsin. Ia nampak seperti kapal perang konvensional dengan badan diperbuat daripada keluli.
Kedua-dua pasukan bersaing untuk membolot kontrak lumayan kerana tentera laut merancang untuk memilih sama ada Lockheed Martin atau General Dynamics sebagai pembina, bukan kedua-duanya.
Tentera laut lambat laun merancang untuk memiliki 55 kapal perang laju seumpamanya. – AP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm


Putra Perdana berkata :

Apakah ini merupakan satu lagi amaran oleh amerika kepada musuh mereka di seluruh dunia, yang pasti semua ini jika difikirkan sejenak adalah satu bentuk serangan psikologi terhadap negara yang mempunyai hubungan dingin dengan amerika. Negara seperti Iran merupakan sasaran terbaru pada masa ini.
Adakah ini merupakan amaran secara tidak langsung kepada Republik Islam Iran agar tunduk dan patuh kepada apa yang telah disuarakan oleh majlis keselamatan PBB berhubung beberapa isu berbangkit yang belum mencapai kata putus sehingga kini. Amerika mempamerkan segala kelengkapan canggih dan terbaru disaat genting seperti ini. Apakah semua ini……???

Oktober 23, 2009

Pembunuhan penamat yang berbisa

       Kelangsungan hidup perlu diteruskan walau dengan apa cara sekalipun. Keperitan yang melanda terpaksa jua ditempuh dengan tabah dan sabar. Sesungguhnya dalam semua itu pasti ada yang tersirat dan tersurat. Tetapi untuk sesekali mengalahkan dan berundur ke belakang adalah amat mustahil, kerana semua tersebut pasti akan ditempuh walau dengan apa cara sekalipun.
            Kezaliman perlu ditentang, keadilan perlu dicari dan kedamaian merupakan asset yang paling penting dalam meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang ini. Konflik dan perbalahan perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin. Namun jika pihak yang terbabit masih mahu bermain api dan cuba mencabar kesabaran yang sedia ada, maka jalan terakhir ialah dengan turut sama terlibat dalam permainan yang diatur oleh musuh.
            Justeru pertumpahan darah merupakan jalan terakhir yang tidak dapat dielakkan lagi, walau dalam apa cara sekalipun, jalan inilah merupakan jalan penamat kepada semua masalah yang wujud pada hari ini. Namun jalan ini jugalah yang telah zaman –berzaman diguna pakai oleh masyarakat yang berpijak di atas dunia ini. Pembunuhan penamat yang berbisa.





                                                               Pembunuhan
            


       Pembunuhan dan penindasan telah sebati dalam jiwa setiap manusia sejak berkurun lamanya, terkadang kala kita alpa dengan semua ini, pengajaran dari apa yang telah terjadi tidak sedikit pun dijadikan iktibar dan pedoman. Kita masih lagi lalai dalam kesenangan dan fenomena cinta akan dunia takut kepada kematian begitu kuat menguasai jiwa setiap manusia pada hari ini.
            Semangat perjuangan untuk mempertahankan agama dan bangsa telah terhakis dalam jiwa setiap pemuda generasi islam pada hari ini. Mereka lebih tergilakan dunia daripada mencari kebahagian kekal abadi di akhirat sana. Justeru akan terus tertindas agama yang tercinta ini di dunia yang penuh penipuan. Semangat juang generasi terdahulu tidak langsung mengalir di dalam diri golongan muda pada hari ini.
            Perjuang yang membela agama adalah pejuang yang sejati. Pejuang yang gugur kerana agamanya adalah syuhada yang disanjung. Matinya pejuang ini namamu akan terus subur diingatan setiap anak bangsa. Walau engkau dikecam atau kata penderhaka namun jasa dan pengorbananmu akan terus terpahat dalam lipatan sejarah sebagai pejuang agama dan bangsa yang terbilang.
            Maka pengkisahan kepada sejarah amat penting pada hari ini, dunia islam begitu ramai mempunyai tokoh pejuang yang terbilang antaranya Salahuddin Al-ayubbi, sultan Muhammad al-fateh dan ramai lagi. Bagi rantau asia tenggara sudah pasti nama seperti Haji Mat Hassan bin Panglima Mat Munas atau lebih dikenali sebagai tok janggut merupakan antara tokoh pejuang yang perlu diingati.
            Keberanian dan semangatnya dalam menentang penjajahan inggeris di bumi serambi mekah negeri Kelantan adalah lambang perjuangan sebenar yang perlu dicontohi. Penentangan yang akhirnya menyaksikan satu jasad yang tidak bersalah telah terkulai layu dalam apa yang katakan sebagai penderhaka oleh pihak penjajah adalah sebenarnya satu perjuangan yang suci dan mulia.



                                                           Tok Janggut
           
           Sayangnya pada hari ini, semua perjuang tersebut telah mulai dilupakan oleh sesetengah masyarakat, muda mudi kita tidak lagi segagah dahulu, arak dan dadah serta penyakit social mula menular dalam pemikiran mereka. Keasyikan dunia mula menjadi kegilaan sehingga hilang pertimbangan yang  sepatutnya. Pembunuhan yang menjijikan telah mengantikan tikaman keramat pejuang agama dan bangsa. Setitik darah  berharga dari para syuhada, diganti dengan limpahan merah di jalanan oleh mereka yang bergelar mat rempit.