Oktober 23, 2009

Pembunuhan penamat yang berbisa

       Kelangsungan hidup perlu diteruskan walau dengan apa cara sekalipun. Keperitan yang melanda terpaksa jua ditempuh dengan tabah dan sabar. Sesungguhnya dalam semua itu pasti ada yang tersirat dan tersurat. Tetapi untuk sesekali mengalahkan dan berundur ke belakang adalah amat mustahil, kerana semua tersebut pasti akan ditempuh walau dengan apa cara sekalipun.
            Kezaliman perlu ditentang, keadilan perlu dicari dan kedamaian merupakan asset yang paling penting dalam meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang ini. Konflik dan perbalahan perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin. Namun jika pihak yang terbabit masih mahu bermain api dan cuba mencabar kesabaran yang sedia ada, maka jalan terakhir ialah dengan turut sama terlibat dalam permainan yang diatur oleh musuh.
            Justeru pertumpahan darah merupakan jalan terakhir yang tidak dapat dielakkan lagi, walau dalam apa cara sekalipun, jalan inilah merupakan jalan penamat kepada semua masalah yang wujud pada hari ini. Namun jalan ini jugalah yang telah zaman –berzaman diguna pakai oleh masyarakat yang berpijak di atas dunia ini. Pembunuhan penamat yang berbisa.





                                                               Pembunuhan
            


       Pembunuhan dan penindasan telah sebati dalam jiwa setiap manusia sejak berkurun lamanya, terkadang kala kita alpa dengan semua ini, pengajaran dari apa yang telah terjadi tidak sedikit pun dijadikan iktibar dan pedoman. Kita masih lagi lalai dalam kesenangan dan fenomena cinta akan dunia takut kepada kematian begitu kuat menguasai jiwa setiap manusia pada hari ini.
            Semangat perjuangan untuk mempertahankan agama dan bangsa telah terhakis dalam jiwa setiap pemuda generasi islam pada hari ini. Mereka lebih tergilakan dunia daripada mencari kebahagian kekal abadi di akhirat sana. Justeru akan terus tertindas agama yang tercinta ini di dunia yang penuh penipuan. Semangat juang generasi terdahulu tidak langsung mengalir di dalam diri golongan muda pada hari ini.
            Perjuang yang membela agama adalah pejuang yang sejati. Pejuang yang gugur kerana agamanya adalah syuhada yang disanjung. Matinya pejuang ini namamu akan terus subur diingatan setiap anak bangsa. Walau engkau dikecam atau kata penderhaka namun jasa dan pengorbananmu akan terus terpahat dalam lipatan sejarah sebagai pejuang agama dan bangsa yang terbilang.
            Maka pengkisahan kepada sejarah amat penting pada hari ini, dunia islam begitu ramai mempunyai tokoh pejuang yang terbilang antaranya Salahuddin Al-ayubbi, sultan Muhammad al-fateh dan ramai lagi. Bagi rantau asia tenggara sudah pasti nama seperti Haji Mat Hassan bin Panglima Mat Munas atau lebih dikenali sebagai tok janggut merupakan antara tokoh pejuang yang perlu diingati.
            Keberanian dan semangatnya dalam menentang penjajahan inggeris di bumi serambi mekah negeri Kelantan adalah lambang perjuangan sebenar yang perlu dicontohi. Penentangan yang akhirnya menyaksikan satu jasad yang tidak bersalah telah terkulai layu dalam apa yang katakan sebagai penderhaka oleh pihak penjajah adalah sebenarnya satu perjuangan yang suci dan mulia.



                                                           Tok Janggut
           
           Sayangnya pada hari ini, semua perjuang tersebut telah mulai dilupakan oleh sesetengah masyarakat, muda mudi kita tidak lagi segagah dahulu, arak dan dadah serta penyakit social mula menular dalam pemikiran mereka. Keasyikan dunia mula menjadi kegilaan sehingga hilang pertimbangan yang  sepatutnya. Pembunuhan yang menjijikan telah mengantikan tikaman keramat pejuang agama dan bangsa. Setitik darah  berharga dari para syuhada, diganti dengan limpahan merah di jalanan oleh mereka yang bergelar mat rempit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan