Berakhirnya tahun 2008, kini tahun baru 2009 telah menjelma dengan 1001 cabaran dan onak duri yang bakal di tempuhi dengan semangat dan usaha yang bakal menentukan jatuh bangun kita dalam menempuh mehnah kehidupan ini.
Diharap dengan kedatangan tahun baru masihi 2009 ini, kita sebagai umat islam seharusnya lebih baik dari tahun sebelumnya. Sesungguhnya tahun 2008 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya telah meninggalkan lipatan sejarah yang amat pahit kepada umat islam seluruh dunia amnya.
Namun sekiranya segala peristiwa lalu itu tidak dijadikan pedoman dan iktibar kepada kita semua, maka dibimbangi musibah yang bakal menimpa umat islam pada tahun ini mungkin lebih dahsyat dan mengerikan lagi.
Dalam menyambut tahun baru 2009 ini, perlu direnung kembali apa yang telah kita lalui pada tahun sebelumnya, masalah keruntuhan akhlak dan moral dikalangan umat islam pada hari ini perlu direnung bersama.
Apa yang dibimbangi ialah mungkinkah perkara yang pernah disampaikan oleh rasullah s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud : "akan datang suatu masa umat islam ibarat buih dilautan" yang membawa pergertian yang cukup mendalam kepada kita sebagai seorang umat islam untuk direnungi bersama.
Hadis tersebut pada dasarnya menggambarkan, suatu masa sebelum datangnya hari kiamat umat islam didunia mempunyai bilangan yang amat besar dan ramai ibarat himpunan buih dilautan namun pada hakikatnya mereka ini sekadar pada bilangannya sahaja tetapi dari segi kualiti dan penguasaan ilmu pengetahuan amat jauh ketinggalan berbanding umat-umat atau penganut agama yang lain di dunia ini.
Warna-warni 2009 juga turut melihat betapa rapuhnya akibah muda-mudi islam pada akhir-akhir ini dimana mereka lebih menagung-agungkan sambutan tahun baharu masihi berbanding tahun baharu hijrah yang baru kita rayakan beberapa hari yang lalu.
Keghairahan golongan remaja kita menyabut tahun baru jelas terpancar menerusi gelagat dan tingkahlaku mereka menjelang detik yang ditunggu-tunggu setiap tahun iaitu pada jam dua belas tengah malam.
Bagaikan suatu ritual atau upacara yang wajib bagi mereka setiap tahun menjelang saat dan detik keramat ini mereka dengan sabar menantikan kehadirannya walau dimana tanpa mengira tempat.
Pelbagai perkara yang bertentangan dengan syariat islam diadakan tanpa rasa segan dan silu, mereka berpesta ibarat masyarakat yang tidak bertamadun dan hidup di zaman primitif. Pesta seks berleluasa tanpa mengira tempat terutama di bandar-bandar besar seluruh negara.
Dari peringkat remaja hinggalah yang sudah mencecah usia senja tanpa segan silu terjebak ke kancah maksiat ini. Ini kah masyarakat atau generasi pelapis yang kita bakal wariskan negara ini suatu masa nanti,
andainya ini lah reality sebenar, maka bersedia lah kita untuk melihat kehancuran sebuah negara yang bernama Malaysia yang kita bina selama ini terkubur begitu sahaja, hal ini kerana golongan muda mudi masa inilah yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan,
andai golongan ini dari awal lagi sudah tersungkur maka pada siapa lagi harus kita harapkan… fikirkanlah….
Pada ruangan warna-warni tahun baru 2009 ini sebenarnya kita akan melihat bagaimana sambutan tahun baru pada kali ini disambut. Pada hakikatnya sambutan tahun pada kali ini amat jauh terpesong dari tuntutan agama.
Sambutannya banyak diwarnai dan dihiasi dengan perkara-perkara maksiat dan kekufuran. Lelaki dan wanita bebas bercampur gaul dan tidak memperdulikan batasan dan normal kehidupan.
Seks bebas berleluasa tanpa sekatan, botol-botol arak bergelimpangan di segenap kawasan dan jalanan. Mereka yang dipengaruhi alkohol terhuyun-hayan ke sana ke mari tanpa sebarang arah tujuan.
Mungkinkah musabih atau lebih tepat disebut "bala" akan melanda sekali masyakat kita pada tahun ini, Allah s.w.t. telah mengingatkan umat islam sebagai mana firmanya di dalam al-quran yang bermaksud; "Dan sekiranya penduduk sesuatu negeri itu beriman kepada Allah nescaya kami akan melimpahkan rahmat kepada mereka, namun sekiranya mereka mendustai ayat-ayat Allah nescaya kami akan timpakan mereka dengan azab yang amat pedih".
Ayat tersebut mengingatkan kita kepada azab Allah yang bakal menimpa sekiranya kita lalai dan alpa dalam kehidupan seharian. Justeru sepatutnya dalam menyambut tahun baru ini, pengisian yang bermakna dan berteraskan ajaran islam sepatutnya lebih dititik beratkan.
Majlis-majlis tahlil dan bacaan yassin sepatutnya mengambil tempat, bukannya pesta-pesta ala haiwan dan hiburan-hiburan ala syaitan yang diutamakan. Semoga kita semua mendapat rahmat dan dilindungi olehNya…
--Selamatkan saudara islam Gaza dari kerakusan yahudi laknatullah—
Reformasi minda;
--Ahmad Muzakir Bin Ab. Razab--
Tiada ulasan:
Catat Ulasan