Selepas berlakunya peristiwa yang disebut sebagai "9 September" di Amerika Syarikat. Negara kuasa dunia tersebut yang selama ini menganggap mereka sebagai "polis dunia" tanpa melakukan sebarang siasatan dan kajian mendalam,
telah dengan sewenang-wenangnya melabelkan islam sebagai pengganas.Osama bin Laden dengan pantasnya dituduh sebagai dalang utama kepada semua kemusnahan tersebut.
Nama Osama bin Laden menjadi terkenal di seluruh dunia hanya dalam jangka masa yang begitu singkat dan lebih popular daripada artis-artis serta bintang-bintang pujaan dunia seperti Tom Cruise mahupun David Beckham.
Presiden Bush merupakan orang yang paling penting dalam menyebarkan propaganda ini. Kedudukannya sebagai presiden sebuah negara kuasa dunia telah digunakan dengan sepenuhnya untuk meraih sokongan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi pengganas.
Kesannya tanpa sebarang bukti yang kukuh dua buah negara islam telah menjadi mangsa "kegilaan dan kebegongan" Amerika iaitu Afghanistan dan Iraq. Tanpa menghiraukan bantahan dunia mahupun badan induk majlis keselamatan PBB,
Amerika dengan ego dan bongkoknya tetap menyerang kedua-dua negara islam tersebut atas alasan memerangi pengganas. Kerajaan Taliban di Afghanistan dan Saddam Hussain di Iraq menjadi sasaran utama amerika dan sekutu-sekutu rapatnya yang lain.

Presiden Bush
Tindak tanduk Bush tersebut telah memperlihatkan kepada dunia betapa sebenarnya proksi kepada kejahatan sejagat adalah Amerika bukannya Islam. Dalam hal yang berkaitan Palestin pada hari ini ia jelas memperlihatkan kepada dunia,
betapa Amerika sebenarnya teras utama kepada keganasan Israel terhadap masyarakat Palestin. Peralatan ketenteraan yang canggih dan terkini telah dibekalkan oleh Amerika kepada sekutu rapatnya itu.

Barack Obama
Bakal Presiden Amerika yang ke-44, Barack Obama yang diharap akan mengubah dan memperbaiki segala kesalahan yang telah dilakukan oleh presiden nampaknya seakan-akan bakal mewarisi segala macam tabiat buruk presiden terdahulu.
Kemungkinan dasar luar Amerika terhadap Israel masih tidak akan berubah dengan sokongan padu terus diberikan oleh negara tersebut kepada rejim zionis. Hal ini telah dibuktikan sebagaimana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh bakal naib presiden baru Amerika iaitu Joe Biden dalam satu temubual.

Joe Biden
Biden dalam kenyataannya jelas menggambarkan Amerika akan terus menggekalkan hubungan yang sedia dengan rejim zionis. Maka tidak hairanlah jika Israel terus bermaharajalela di bumi Palestin pada masa ini kerana mendapat restu dari Amerika.
Kerajaan baru Amerika, yang akan diketui oleh Obama sendiri pada pertengahan Januari nanti sudahpun jelas terbayang akan pengaruh yahudi dan Israel kerana antara individu penting yang dilantik membarisi jawatan utama dalam pentadbirannya merupakan mereka yang berlatar belakangkan yahudi.
Antaranya seperti bakal ketua staf white house yang baru iaitu Ram Emmenual, ianya merupakan seorang yang berketurunan yahudi. Justeru dalam keadaan dunia yang sedang ditimpa pelbagai musibah kemanusiaan pada hari ini,
maka tanggapan yang mengaitkan islam dengan keganasan perlu dikikis kerana pihak sebenarnya yang menganjurkannya ialah Amerika itu sendiri yang selama ini berlagak sebagai "polis dunia" kononnya atas nama untuk menegakkan demokrasi dan memerangi keganasan global.
Selamatkan bumi Palestin dari kekuasaan rejim zionis laknatullah….
Reformasi Minda :
--muzakir '09--
Tiada ulasan:
Catat Ulasan