Oktober 23, 2009

Pembunuhan penamat yang berbisa

       Kelangsungan hidup perlu diteruskan walau dengan apa cara sekalipun. Keperitan yang melanda terpaksa jua ditempuh dengan tabah dan sabar. Sesungguhnya dalam semua itu pasti ada yang tersirat dan tersurat. Tetapi untuk sesekali mengalahkan dan berundur ke belakang adalah amat mustahil, kerana semua tersebut pasti akan ditempuh walau dengan apa cara sekalipun.
            Kezaliman perlu ditentang, keadilan perlu dicari dan kedamaian merupakan asset yang paling penting dalam meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang ini. Konflik dan perbalahan perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin. Namun jika pihak yang terbabit masih mahu bermain api dan cuba mencabar kesabaran yang sedia ada, maka jalan terakhir ialah dengan turut sama terlibat dalam permainan yang diatur oleh musuh.
            Justeru pertumpahan darah merupakan jalan terakhir yang tidak dapat dielakkan lagi, walau dalam apa cara sekalipun, jalan inilah merupakan jalan penamat kepada semua masalah yang wujud pada hari ini. Namun jalan ini jugalah yang telah zaman –berzaman diguna pakai oleh masyarakat yang berpijak di atas dunia ini. Pembunuhan penamat yang berbisa.





                                                               Pembunuhan
            


       Pembunuhan dan penindasan telah sebati dalam jiwa setiap manusia sejak berkurun lamanya, terkadang kala kita alpa dengan semua ini, pengajaran dari apa yang telah terjadi tidak sedikit pun dijadikan iktibar dan pedoman. Kita masih lagi lalai dalam kesenangan dan fenomena cinta akan dunia takut kepada kematian begitu kuat menguasai jiwa setiap manusia pada hari ini.
            Semangat perjuangan untuk mempertahankan agama dan bangsa telah terhakis dalam jiwa setiap pemuda generasi islam pada hari ini. Mereka lebih tergilakan dunia daripada mencari kebahagian kekal abadi di akhirat sana. Justeru akan terus tertindas agama yang tercinta ini di dunia yang penuh penipuan. Semangat juang generasi terdahulu tidak langsung mengalir di dalam diri golongan muda pada hari ini.
            Perjuang yang membela agama adalah pejuang yang sejati. Pejuang yang gugur kerana agamanya adalah syuhada yang disanjung. Matinya pejuang ini namamu akan terus subur diingatan setiap anak bangsa. Walau engkau dikecam atau kata penderhaka namun jasa dan pengorbananmu akan terus terpahat dalam lipatan sejarah sebagai pejuang agama dan bangsa yang terbilang.
            Maka pengkisahan kepada sejarah amat penting pada hari ini, dunia islam begitu ramai mempunyai tokoh pejuang yang terbilang antaranya Salahuddin Al-ayubbi, sultan Muhammad al-fateh dan ramai lagi. Bagi rantau asia tenggara sudah pasti nama seperti Haji Mat Hassan bin Panglima Mat Munas atau lebih dikenali sebagai tok janggut merupakan antara tokoh pejuang yang perlu diingati.
            Keberanian dan semangatnya dalam menentang penjajahan inggeris di bumi serambi mekah negeri Kelantan adalah lambang perjuangan sebenar yang perlu dicontohi. Penentangan yang akhirnya menyaksikan satu jasad yang tidak bersalah telah terkulai layu dalam apa yang katakan sebagai penderhaka oleh pihak penjajah adalah sebenarnya satu perjuangan yang suci dan mulia.



                                                           Tok Janggut
           
           Sayangnya pada hari ini, semua perjuang tersebut telah mulai dilupakan oleh sesetengah masyarakat, muda mudi kita tidak lagi segagah dahulu, arak dan dadah serta penyakit social mula menular dalam pemikiran mereka. Keasyikan dunia mula menjadi kegilaan sehingga hilang pertimbangan yang  sepatutnya. Pembunuhan yang menjijikan telah mengantikan tikaman keramat pejuang agama dan bangsa. Setitik darah  berharga dari para syuhada, diganti dengan limpahan merah di jalanan oleh mereka yang bergelar mat rempit.

April 27, 2009

Bola ohh Bola

Liga Super dan FAM

Kebangkitan skuad kelantan pada musim ini merupakan sesuatu yang amat membanggakan dan sudah pastinya menghadirkan ancaman dan kegerunan bagi pasukan-pasukan elit khususnya dalam saingan liga super. Walaupun tidak berikan perhatian khusus pada awal musim.

Namun kebangkitan mendadak Kelantan pada musim merupakan sesuatu yang diluar jangkaan semua pihak. Skuad The Red Warrior merupakan satu kebangkitan era bola sepak Kelantan dalam usaha menguasai arena bola sepak negara pada musim dan musim-musim yang bakal mendatang.

Namun dalam kita memperkatakan tentang kebangkitan yang diluar dugaan ini, dan kebanggaan pada skuad the red warrior pada musim ini, ada sesuatu hal yang kurang enak untuk kita semua tontoni pula terjadi. Bukan untuk mendabik dada atau melemparkan tohmahan yang boleh menyakitkan hati mana-mana pihak.

Tetapi realiti yang timbul akhir-akhir ini, jelas boleh menimbulkan rasa kurang senang bagi sebilangan penyokong setia skuad kijang. Pelbagai drama yang tidak sepatutnya mula dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Segala kesalahan yang terjadi dengan terang-terangan seratus peratus dipersalahkan kepada Kelantan walau dalam apa situasi sekalipun.

Tanpa bukti dan siasatan mendalam, dengan begitu cepat Kelantan menerima hukumannya. Adakah ini sesuatu yang adil. Jika mahu melihat bola sepak negara bergerak maju dan melangkah gagah di arena antarabangsa, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, ini kerana pembangunan bola sepak seharusnya bermula diperingkat akar umbi.

Justeru saingan liga super merupakan suatu platform yang penting ke arah mencapai matlamat tersebut. Dan pasukan yang beraksi di dalamnya merupakan aset yang utama. Maka kehadiran skuad Kelantan perlu dilihat dari sudut yang positif dan bukannya sekadar mencukupkan kouta pasukan yang bersaing. Namun seperti yang perkatakan, banyak pihak kurang senang dengan semua ini.

Badan induk bola sepak kebangsaan (FAM) sendiri akhir-akhir ini dilihat cuba menjadi dalam yang cuba membantukkan perkembangan ini, Kelantan ibarat anak tiri di mata mereka, begitu cepat kesalahan Kelantan dicari dan hukumannya sepantas kilat dijatuhkan. Sedang pasukan lain yang bermasalah dibuat endah tak endah dan budi bicara masih lagi digunakan, namun sebaliknya tidak bagi Kelantan,,, alahai FAM.

Ke mana hilangnya sikap professional dan kredibiliti yang dimiliki oleh FAM selama ini, dengan tinduk tanduk yang dilihat seakan-akan berat sebelah pada waktu ini, sudah pasti kepercayaan yang selama ini disandarkan seratus peratus kepada FAM mungkin akan hilang dimata penyokong. Justeru penawar segera perlu bagi mengubati penyakit yang agak kronik yang sedang menjangkiti FAM pada masa ini.

Piala FA dan Mutu Pengadil

Setelah penantian selama 39 tahun, akhirnya buat kali pertamanya skuad Kelantan berjaya mencatat sejarah apabila layak ke perlawanan akhir piala FA. Kejayaan yang membanggakan ini dengan lantas menyuntik semangat penyokong Kelantan untuk sama-sama memberikan sokongan yang padu pada skuad kijang. Maka apabila perlawanan akhir diumumkan akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, puluhan ribu penyokong Kelantan dari segenap pelusuk negara berduyung-duyung datang memberikan sokongan. Itu sekadar sebahagian cerita pada detik menjelangnya perlawanan bersejarah tersebut.

Namun yang sebenarnya ingin diperkatakan adalah tentang mutu pengadilan yang terjadi di atas padang pada malam perlawanan itu. Bukan ingin melepaskan rasa kecewa akibat dari kegagalan Kelantan memenangi piala tersebut, tetapi mutu pengadilan pada malam itu dilihat oleh kebanyakkan pihak ibarat cuba menjadikan skuad Kelantan sebagai mangsa keadaan.

Terlampau banyak kesalahan dijatuhkan kepada pemain Kelantan, layanan kad kuning yang berterbangan kepada pemain Kelantan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi, apakah setiap tindakan pemain Kelantan merupakan sesuatu yang berbahaya, sedang di pihak lawan semuanya baik ker? Hanya pengadil yang mampu menilainya,,, alahai Subkidin. 

Sedang pak cik-pak cik di kampung pun pandai menilai mutu pengadilan pada malam itu ini kan pula pihak FAM yang jauh lebih terpelajar. Satu kajian khusus perlu bagi menilai kembali apakah mutu pengadilan di negara ini benar-benar menepati piawaian peringkat antarabangsa. Maka tidak hairanlah jika selama ini ramai jurulatih tempatan sering mempersoalkan tentang mutu pengadilan di negara ini.

Namun dalam isu piala FA ini, pengadil yang bertugas bukan calang-calang pengadil, itu pengadil terbaik yang dimiliki oleh FAM, wahhh nampak gayanya jika pengadil itu yang terbaik di negara ini, maka tidak hairanlah jika negara kita sememangnya dipenuhi oleh ramai pengadil yang berkaliber, heheheeee…..

Tindakan pengadil pada malam kejadian jelas sekali menghadirkan rasa kurang senang bagi kalangan penyokong Kelantan termasuk juga dari jurulatih Kelantan. Banyak keputusan yang dibuat dilihat memberi kelebihan pada Selangor. Cukuplah kamu menjadi pengadil jika inilah sikapnya.

Maka perkara yang sepatutnya, khidmat pengadil tempatan seharusnya dihadkan untuk saingan liga sahaja cukuplah, apabila menjelang sesuatu perlawanan akhir, pergadil luar yang lebih bersikap terbuka sepatutnya diberi tugas mengalas peranan tersebut. Carilah pengadil diperingkat serantau yang lebih berkaliber.

Apa pun, walaupun gagal meraih kemenangan pada malam itu, skuad Kelantan telah menunjukkan satu semangat juang yang tinggi tetapi telah digagalkan sebenarnya oleh kerenah pengadil yang agak huru-hara serta cetek pertimbangan akalnya. "Jika hendak menarik rambut didalam tepung, pastikan rambut tidak putus dan tepung tidak bertaburan "

Gomo kelate gomo, ayuh teruskan perjuangan dalam liga super dan kejuaraan piala Malaysia, jangan cepat kita mengalah…..

Reformasi Minda :
--kijang care--